Saturday, February 18, 2006

cinta menurut pandangan islam

Cinta Menurut Pandangan Islam

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

Muqaddimah

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina. Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.

Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran. Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?

Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada AllahIslam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

Firman Allah SWT :“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.

Firman Allah SWT (yang bermaksud) :“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama MukminInteraksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...(Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat HatiTidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”(Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain.

Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

**Beliau merupakan pembantu pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Saturday, February 11, 2006

bila sifat malu tdk berfungsi...

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Friday, January 13, 2006

renungan~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit.
Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan
aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku?
Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?
Aku tergamam seketika.
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku;
aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku,
tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta,
adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?
Bagaimana mungkin bagiku
untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...
ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini,
dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab,
Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.
Dia bertanya lagi,
Jika kamu ditakdirkan pekak,
adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu
tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati.
Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu.
Dia menyambung lagi persoalanNya,
Jika kamu ditakdirkan bisu
adakah kamu akan terus memujiKu?
Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara?
Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab,
Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu,
aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus betanya lagi,
Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?
dengan nada yang tegas dan penuh keberanian.
Aku jawab dengan yakin,
Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu
kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus
untuk menjawab soalanNya tadi,
tetapi Dia terus bertanyakan lagi,
Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?
Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai;
aku tidak sempurna...aku bukan maksum.
Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...
kamu lupakanKu;
kamu lari jauh daripadaKu?
Dan kenapa ketika kamu susah
dan mahukan bantuan...
kamu terus ingat kepada Aku;
kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?
Aku tidak mampu berkata-kata.
Yang kusedari...
titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi,
Mengapa kamu buat begini...
kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu;
tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu
hanya ketika kamu nengingatiKu?
Mengapa kamu meminta kepadaKu
sedangkan kamu tidak setia kepadaKu?
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
edang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan
ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan
bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu.
Otakku ligat mencari jawapan...
atau alasan...
namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...
Kamu diberikan sebuah kehidupan.
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu,
tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu.
Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,
tetapi kamu tidak mahu mempelajari
atau menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu,
tetapi kamu berpaling daripada melihatnya.
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu,
tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...
dan semuanya telah Aku perkenankan
dengan pelbagai cara.
SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu?
Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?
Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama ini.
Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku.
Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu?
Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku,
aku merintih,
Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab,
Sifatku pengampun...
barangsiapa yang memohon keampunan dariKu,
nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.
Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap mengampunkanku
sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali
dan memohon ampun berulangkali?
Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?
Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu.
Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.
Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu
dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian,
Aku akan memberikanmu semangat.
Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu.
Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini.
Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras;
tidak mampu menangis
menyesali segala dosaku selama ini.
Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini...
aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Waallahualam... SEDIKIT KOMENTAR

p/s.. x tau saper punye sbnonye tapi Cuma isinya nak dikongsi bersama..

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

AKU TANPA CINTAMU

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Nyanyian : Mirwana dan Jay Jay

Sunday, January 08, 2006

diariku

hmmm...
hari ni aku x b'semangat..
entahla...sesuatu yg m'ganggu fikiranku..
haruskah aku terima? hmm...
mungkin belum tiba masanya untuk aku memikirkn hal2 ni...
tapi hati masih gndah gulana...
entahla...biarlah ia b'lalu...
klu ada jodoh, x kan kemana jua...
wassalam

Thursday, December 08, 2005

Salam,

Sekadar memenuhi permintaan sahabat saya, Yang Arif. InsyaAllah ustaz Nahzaluz(dia seorang pakar) boleh perbetulkan kalau saya tersilap.

Kata ‘Syiah’ bermakna pengikut atau penolong dan kata musyaaya’ah sepadan dgn kata munaasaharah.

Siapa Pencetus gerakan syiah?

Ia dimulakan oleh Abdullah ibn Saba’ berasal dari kota Sana’a, Yaman. Dia dikenali dgn panggilan anak perempuan hitam dan dia adalah seorang yahudi yg menganut islam pada zaman Uthman tetapi tidak memperbaiki Islamnya. Beliau telah dihalau dari Bandar Basrah kmdn singgah di Kufah. Dari sana dia merantau ke Syam. Di situ, dia diburu lagi dan akhirnya lari ke Mesir. Beliau telah banyak memburukkan Uthman dan pemerintahannya dan pada masa yg sama ia membuat propaganda menaikkan semangat ahlul bait. Ramai yg tinggal jauh dari pentadbiran ibu Negara islam ketika itu dipengaruhi beliau. Antara mereka bersekutu dgnnya ialah Khalid bil Maljam, Saudan bin Hamran dan Kinanah bin Bisyr. Semasa dia yahudi, beliau pernah mendakwa Yusha’ bin Nun adalah wasiat bagi nabi Musa. Dan dia menggunakan tektik yg sama dgn mengatakan bahawa Ali adalah washi (wasiat) nabi Muhammad S.A.W. Dia pernah dihukum oleh Saidina Ali kerana perkataannya: “Kamu adalah kamu (maksud saidina ali adalah tuhan).” (Tarikh Ibn Khaldun, Ibn Khaldun)

Namun demikian, kewujudan Ibn Saba’ cuba dinafikan oleh ulamak mutaakhirin syiah dgn mengatakan ia tidak wujud dan mitos sahaja. Namun ini adalah tertolak kerana sudah berkurun2 lamanya dan baru mereka cuba menafikan kewujudannya. Malah kitab2 mereka sendiri menyebut perihal Ibn saba’ ini spt Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid dsb. Namun demikian, terdapat pecahan antara syiah dgn gerakan ibn saba'. Tetapi asasnya bermula dr Ibn Saba'.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani memberikan definisi apakah itu syiah, katanya:

والتشيع محبة على وتقديمه علىالصحابة فمن قدمه على أبي بكر وعمر فهو غال في تشيعه ويطلق عليه رافضي وإلا فشيعي فإن انضاف إلى ذلك السب أو التصريح بالبغض فغال في الرفض وإن اعتقد الرجعة إلى الدنيا فأشد في الغلو

“Tasayyu’ (berfahaman syiah) itu ialah menyintai Ali dan mengutamakannya berbanding sahabat2 lain. Org yg mengutamakan Ali daripada Abu Bakr dan Umar adalah syiah yg melampau dlm fahamannya. Syiah yg melampau ini juga dipanggil dgn rafidhi atau rafidhah. Jika ia mengutamakan saidina Ali drpd Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar, maka ia adalah seorang syiah. Jika di samping ia mengutamakan Ali berbanding Saidina Abu Bakr dan Umar, ia juga memaki atau menyatakan juga dgn jelas kebenciannya terhadap mereka berdua, maka ia adalah melampau di dlm rafadhnya. Jika ia mempercayai raj’ah juga, maka ia adalah org yg terlalu melampau di dlm rafadhnya.”

(هدي الساري مقدمة فتح الباري لابن حجر العسقلاني)

Dlm kitab lainnya, Ibn Hajar menyebut: “Syiah dlm istilah ulamak mutaqaddimin ialah mempercayai keutamaan Ali lebih dari keutamaan Uthman dan Ali berada di pihak yg benar di dlm semua peperangan. Org yg menentangnya adalah salah. Di samping itu mereka mengutamakan Abu Bakar dan Umar berbanding Ali. Syiah dlm istilah ulamak mutaakhirin ialah rafidhah tulin. Riwayat seorang rafidhah yg melampau dlm fahamannya tidak boleh diterima sama sekali dan tidak ada kehormatan sama sekali bagi mereka.”

(تهذيب التهيب لابن حجر العسقلاني)

Berdasarkan terma2 ini, berbagai istilah yg digunakan dlm mengklasifikasikan kultus2 syiah tetapi 3 kumpulan besar yg utama dan di bawahnya terdapat pelbagai pecahan yakni:

1.Syiah Tafdhiliyyah:

Syiah yg mengutamakan saidina Ali R.A berbanding saidina Uthman (tidak termasuk saidina Abu bakr dan Umar) tanpa mengkafirkan, memaki atau menaruh kebencian terhadap mereka semua. Antaranya adalah Syiah Zaidiyyah yg dikatakan fiqhnya hampir kepada kumpulan Ahlus Sunnah Wal jamaah. Tetapi syiah ini dikatakan telah pupus. Antara ulamak yg tersohor ialah Imam As-Syaukani yg terkenal dgn Nailul Awthar Syarh Muntaqa’ Akbar. Namun demikian, beliau telah keluar dari syiah zaidiyyah dan masuk kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 2.Syiah Saba’iyyah: Syiah yg memaki dan mengkafirkan sahabat2 kecuali sbhgn kecil mereka spt Salman Al-Farisi, Abu Dzar Al-Ghifari dan Ammar bin Yasir r.a. Mereka berlepas diri (memutuskan kasih sayang) drpd sahabat lain drpd mereka ini. Kultus ini mempertuhan Ali dan berkeyakinan raj’ah (kebangkitan semula Ali).

3.Syiah ghulat:

Syiah ini adalah syiah yg memaki hamun dan mencela Abu Bakr dan Umar kerana mereka dikatakan merampas hak ahlul bait. Kultus yg popular dlm kumpulan ini ialah syiah Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan menjadi anutan yg terbesar terutamanya di Iran dan antara ulama mereka yg kita kenali ialah Ayatollah Khomeini, pencetus Revolusi berdarah terhadap pemerintah boneka barat Shah Iran. Namun demikian di bawahnya terdapat bbrp lagi pecahan. Secara umumnya, Ia mempunyai beberapa iqtiqad, antaranya kepercayaan mereka kpd 12 imam (Ithna Asyariyyah) dan ma’shumnya para imam ini yg bermula spt berikut:

a. Ali bin Abi Talib
b. Hassan Bin Ali
c. Hussein Bin Ali
d. Ali Zainal Abidin Bin Hussein
e. Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin
f. Jaafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir
g. Musa Al-Kazim bin Jaafar As-Sadiq
h. Ali Ar-Ridha bin Musa
i. Muhammad Al-Jawaad Bin Ali
j. Ali bin Muhammad
k. Hassan bin Ali
l.Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari: yg dikatakan ghaib dan akan muncul semula sbg Imam Mahdi.

(اسلام بلا مذهب لامسطف محمد الشكعه)

Dahulunya syiah menolak bulat2 apa2 sumber periwayatan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Namun demikian, kebelakangan ini mereka cuba menyebarkan dakyah mereka bahawa segala pegangan mereka bersumberkan dari Sunni sendiri spt Sahih Bukhari, Sahih Muslim dsb. Mereka cuba menggoyahkan pegangan individu muslim ahlus sunnah wal jamaah. Mereka yg mudah terperangkap adalah mereka yg lemah asas dlm bidang hadith spt jarh wa ta’dil, gharibul hadith, musykilatul hadith dsb. Berhati2 apabila membaca buku2 mereka!

Wallahua’lam

perempuan mmg x guna...!!!

1. Perempuan memang tak guna kain yang nipisuntuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.Dia tahu sekiranya dia memakainya jugadia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bauyang amat tinggikerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanyakekuatan bau inimenunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol(secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabdajunjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgnmemakai wangian, adalahseperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangitetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian .

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang kejiadalah mereka yang rendah akhlaknya . Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakanperkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborakuntuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan diaseolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kitadalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi,apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya .Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allahtersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

Friday, November 25, 2005

diariku..2

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

*****

ewah2...jiwang lak...astaghfirullahal'azim...
cari cinta dari Allah dulu...
ape daa...
tapi, mcam ade yg menarik perhatian aku...
ntahla...aku pun x tau pe keistimewaan die...
mungkin dsebabkn die soleh... (",)
tp layakkah aku ni??
muehehehehe...yaaa...qutrunada sedang mengarut...

*****

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMuYang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan-Mu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Wednesday, November 23, 2005

nur diena...cerpen

“Seorang muslim haruslah banyak bersabar dalam menempuhi pelbagai ujian dan dugaan. Allah taala akan menguji hambaNya dengan pelbagai ujian. Kadang-kala tanpa kita sedari Allah menguji kita. Orang miskin dan kaya juga turut Allah taala uji. Tidak kira siapa… ujian Allah tetap ada. Apatah lagi kita... selaku seorang yang bergelar muslim. Oleh itu… kita haruslah sentiasa mengingati Allah walau di mana jua kita berada. Sesungguhnya Allah taala tahu dan Dia nampak apa yang kita lakukan. Sebagai kesimpulan, kita haruslah sentiasa mengingati Allah”

Masih terngiang-ngiang lagi tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Maryam yang menjadi idola dan pembakar semangat. Tutur bicaranya amat lembut dan begitu menusuk kalbu. Bagi mereka yang sedang bermasalah pasti akan terubat tatkala memandang wajah lembut dan ayu Ustazah Maryam. Tidak hairanlah dia begitu disayangi dan disanjungi ramai. Melalui Ustazah Maryam jualah dia kini mengenali betapa indahnya yang dikatakan Islam. Kini dia tahu apa yang dimaksudkan apa itu Islam. Soalan yang sekian lama dipendam dan ingin diketahui olehnya kini telah terjawab.

Ustazah Maryam juga pernah mengingatkan Diena bahawa di antara sunah Nabi ialah dengan perkahwinan Semangat yang lemah akan pulih sekiranya mengingati kembali kata-kata ustazah Maryam. Dialah nur yang menyinari hidupnya. Terima kasih ustazah… Kata-katamu ibarat mutiara yang begitu indah dan menawan.

Tasik yang terbentang luas di hadapannya tidaklah setenang hatinya yang resah. Namun dia puas kerana impiannya untuk mendalami ilmu agama Allah akhirnya terkabul jua. Khayalan Diena beralih tatkala terpandang sepasang suami isteri yang begitu mesra melayani seorang anak yang begitu aktif di hadapannya. Diena begitu asyik merenung kemesraan mereka. Alangkah bagus dan baiknya budak itu kerana memiliki ibubapa yang begitu penyayang dan bertanggungjawab. Tapi aku? Bagaimana dengan diri aku? Sebak di dada mula terasa. Kolam air matanya mula bergenang. Bila-bila masa sahaja kolam air mata itu akan pecah. Hati Diena mula sebak apabila terkenangkan mama dan papa yang telah dua tahun ditinggalkannya.

Bagaimanakah keadaan mereka sekarang? Adakah mama dan papa rindukan Merry? Mama… papa… maafkan Merry. Mutiara salju yang ditahan-tahan akhirnya jatuh ke pipi gebunya. Diseka airmata itu dengan jarinya.

Masih lagi Diena ingat, sejarah 14 Februari 2002, adalah genap tarikh lahirnya yang ke-20 tahun. Pada hari itu jugalah Merry John telah bertukar namanya kepada Nur Diena.Ustazah Maryam adalah saksi utama ketika Diena mengucap dua kalimah syahadah. Air mata Ustazah Maryam menitis di pipi gebunya kerana begitu terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah taala telah memberi hidayah kepada Merry (Nuur Diena).

“Kenapa pulang lewat ni sayang? Mama dan papa dah lama tunggu Merry tau. Mama dah cakap semalam, hari ni kita sama-sama raikan birthday Merry di luar. Papa dah lama tunggu. Jom bersiap. Mama dah sediakan baju Merry atas katil. Kami tunggu.” “Mama… maafkan Merry. Merry.... ada tuisyen tadi. Lagipun Merry penatlah.” “Come on Merry. Kami dah lewat. Jangan buat hal pulak. Kawan-kawan papa dah lama tunggu kita. Papa tak suka kalau kita tak tepati waktu. Cepat bersiap.” Itulah satu-satunya sifat papa yang amat dikagumi kerana suka menepati masa dan tak akan mungkiri janji. Papa… kau begitu berdisiplin. Tapi sayang… wajah papa ditenung lama dan amat berharap.

Papa kehairanan. “Come on darling. Mama tak sabar nak tengok anak mama pakai baju cantik. Besok umur Merry dah 20 tahun. Dah besar rupanya anak mama dan papa kan??” Mama begitu bersungguh-sungguh agar dipenuhi permintaannya. Kegembiraan dan kesungguhan mereka berdua menjadi tawar apabila Diena meminta untuk berbicara buat seketika waktu. Mr. John mengeluh. “What’s wrong Merry?? Papa dah lewat. Jangan buat hal pulak.” Suara papa agak keras tapi masih manja kerana cuba memahami anak tunggalnya. Mr. John dan isterinya hanya menurut permintaan Merry walaupun ada menaruh marah di dalam hati. Arahan isterinya untuk Merry bersiap langsung tidak dihiraukan. Malah Merry meminta untuk berbicara. Mr. John dan isterinya merenung anak tunggalnya yang begitu banyak berubah sejak kebelakangan ini. Tapi masih belum diketahui apakah punca yang menyebabkan Merry begitu banyak menyepikan dirinya di dalam bilik.

Setelah lama berdiam, akhirnya Merry mengangkat wajahnya dan merenung satu persatu wajah ibu dan ayah yang amat disayangi. “Mama… Papa….” Merry memandang wajah ibu dan ayahnya dengan penuh harapan dan simpati agar memahami perasaan serta keinginan hatinya. “Merry… katakanlah sayang… mama dengar.” Mrs. John menggosok-gosok kepala anaknya. Wajah Merry sedikitpun tidak menunjukkan kesedihan atau sebagainya. Malahan, kedua ibubapanya tidak dapat mengagak apakah yang bakal diperkatakan oleh anaknya yang disayangi. “Mama… papa.. Merry sudah dewasa sekarang. Merry sudah pandai menjaga diri Merry. Merry rasa… papa dan mama tidak perlu lagi risaukan Merry.” “Merry… apa yang Merry cakap ni sayang…mama ta…” kata-kata ibunya dipotong oleh Merry. “Merry sudah tahu memilih kehidupan Merry sendiri. Merry tak perlu lagi dipaksa atau didesak. Merry juga tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.” “Why Merry??!! What’s wrong?? We don’t understand you know!! Why Merry?? Why???!!!” Mr .John begitu tidak mengerti. Dia sudah mula naik angin. Mrs. John mula sebak dan seolah-olah dia mengerti apa yang ada dalam urat nadi Merry tika itu. Dari renungan tajam papanya… kecut juga hati dibuatnya.

Tapi dengan keyakinan diri, Merry tenang. “Mama…papa… Merry…Merry…..” “Come on Merry tell me. What’s wrong darling??” Betapa sayunya hati Merry mendengar pujukan kasih dari seorang ibu yang dikasihi. Hatinya berbelah bahagi. Bagai diluah mati mama ditelan mati papa. Merry nekad. Inilah perjuangannya. Dirinya nekad untuk menempuhi walau apa jua dugaan dan rintangan. Walau apa jua tindakan mama dan papa, inilah yang dikatakan ujian Allah taala kepada hambaNya. Inilah kenyataan!! Inilah kebenaran dan inilah kemahuannya selama ini. Bayangan wajah Ustazah Maryam berlegar-legar di layar fikirannya. Semangatnya pulih. Wajah Ustazah Maryam tersenyum…

“Mama… papa, sempena umur Merry yang telah genap 20 tahun ini, Merry ingin minta sesuatu dari papa dan mama.” Begitu tegas permintaan Merry. Ibunya mengangguk. “Mama.. papa… Merry telah buat keputusan Merry sendiri. Merry telah memilih jalan hidup Merry sendiri. Dan kini… Merry bukan lagi seagama dengan papa dan mama… PANGGGGG!!!!

Terpelanting tubuh Merry yang kecil itu. Terasa bengang telinganya. Air panas pekat meleleh didahinya kerana terhantuk anak tangga batu. Matanya kabur. Ibunya histeria mendengar luahan anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Namun Merry gagahkan jua badannya dan berdiri. “Rupa-rupanya selama ini kelas tambahan yang kau maksudkan itu adalah ini yer!!! Tak guna punya anak. Susah senang kita besarkan dia, ini pula balasannya!!! Masih banyak lagi benda yang kau nak minta!! Tapi ini jugak yang kau pilih???” Mr. John amat marah dengan pengakuan anak tunggalnya Merry. Tidak dia sangka inilah pilihan Merry. “Tapi papa… Merry ada hak untuk menentukan hidup Merry. Merry jugak berhak menentukan aga…..” PANGGGG!!!! “Get out!!! Get outttttttt!!! Get out from my home!!!!!.” “Papa…..” “Aku bukan lagi ayah kau!! Haram kau panggil aku papa. Berambusssss!!!!
Hanya air mata yang menjadi peneman hidupnya. Kini tidak ada lagi arah lain yang dituju melainkan ke rumah Ustazah Maryam.

BULK!! “Adusss!!” “Maaf kakak. Saya tak sengaja.” Berlari-lari seorang kanak-kanak menerpa ke arahnya lalu memohon maaf. Berkecai segala kenangan pahit yang dilaluinya dua tahun lepas. Kanak-kanak kecil itu merenung wajah Diena yang menangis. “Maafkan saya kakak. Kalau kakak sakit terkena bola ini, hukumlah saya.” “Eh!! Tak ada apa-apalah. It’s okey. Mata akak masuk habuk aja. Tak per…takper. Pergilah main.”

Kanak-kanak tersebut terus beredar dengan senyuman riang. Agak gabra juga dia kerana takut Diena sakit. Diena kembali menelaah buku yang berada di tangannya. Tak lama lagi final exam akan ditempuhinya. Diena adalah seorang penuntut di sebuah kolej Islam. Diena pintar dan hebat dalam berpersatuan. Bagi Diena, inilah perjuangannya untuk menuju hari kemudian. Dia banyak mendalami ilmu agama daripada Ustazah Maryam. Kadang-kala Diena merasa hairan kerana orang bukan Islam begitu tertarik untuk memeluk Islam. Tetapi… malang bagi orang yang sudah dilahirkan dari perut dan benih Islam pula bukan main ghairah untuk mengikut jejak langkah gaya bukan Islam.

Diena sentiasa sujud bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipilih oleh Allah untuk bersama-sama menjadi pengikut Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ustazah Maryam juga pernah mengingatkan Diena bahawa di antara sunah Nabi ialah dengan perkahwinan. Diena sentiasa tersenyum sekiranya tajuk ini yang diperbualkan oleh Ustazah Maryam. “Ustazah… Diena rasa Diena belum bersedia lagi. Lagipun amanah seorang isteri amat berat dan…” “Dan apa Diena???” “Ilmu agama Diena masih lagi kurang.Diena tak mahu kecewakan perwira Diena suatu hari nanti.” “Salah tu Diena. Diena harus berfikir jauh dan ini juga adalah saranan Rasulullah pada kita. Sampai bila harus kita berkata kita tak mampu??” Ustazah Maryam memegang tangan Diena “Ustazah….” “Ya Diena.” “Boleh Diena bertanya sesuatu??” “Silakan Diena” “Apa maksud Ustazah sering bertanya Diena sedemikian??” Ustazah Maryam tersenyum. “Masihkah Diena ingat pada Ammar yang menjadi senior di kolej Diena dua tahun lepas?” Diena termenung sejenak. Dia tak berapa ingat. Cuma yang dia ingat ialah ada seorang abang senior begitu baik dengannya dan sentiasa ambil berat tentang dirinya. Pelajar itu juga amat bagus dalam berdebat dan berpidato. Dialah yang berdebat tentang Islam dan akhirnya dia menang. Diena amat kagum dengan kebolehan pelajar lelaki tersebut. Rasanya tidak salah lagi kalau pelajar itulah yang dimaksudkan oleh ustazah.

“Namanya ialah Ammar Mujahid. Sekarang dia di tahun akhir dan akan pergi ke Mesir selepas hari raya nanti.” Diena hanya mengangguk. “Diena… dia melamar Diena.” Terbeliak biji mata Diena tatkala mendengar perkataan “dia melamar Diena” “Ustazah tak mahu paksa Diena tetapi buatlah istikharah dahulu. Ammar adalah anak buah ustazah. Dah lama dia merisik tentang Diena. Ustazah tahu, Diena tidak berpunya lagi kan? Ustazah tak paksa Diena. Sekiranya Diena telah ada jawapan…katakanlah. Ustazah terima apa jua jawapannya dari Diena.”

* * *

Akhirnya penantian Ustazah Maryam terjawab apabila hujung minggu ketiga malam Jumaat, bersamaan 30 Sya’ban, Diena datang ke rumahnya dan telah memberikan jawapan yang amat menggembirakan Ustazah Maryam dan apatah lagi kalau Ammar yang tahu pasti hatinya begitu gembira yang teramat sangat. Ustazah Maryam sujud syukur pada Ilahi.

1 Ramadhan Mama dan papa yang Diena sayangi, Diena telah tiga tahun menjadi muslimah. Dalam masa tiga tahun ini bermakna umur Diena telah mencapai 23 tahun. Selama tiga tahun Diena cuba jejaki mama dan papa. Tapi Diena hampa kerana tidak ketemu langkahmu mama dan papa.

Walaupun kini Diena telah memiliki keluarga muslim yang cukup baik, tapi hati Diena tetap merindui papa dan mama. Ke manakah kalian menghilang?? Tidakkah kalian merindui cahaya matamu ini?? Mama… papa.

Esok adalah hari dan bulan yang dinantikan oleh umat Islam, Bulan Ramadhan. Diena telah merasai nikmat bulan mulia ini selama tiga kali bulan Ramadhan. Dan… Diena tak pernah lupa berdoa agar mama dan papa juga bersama-sama Diena suatu hari nanti. Mama dan papa yang Diena cintai.

Semalam Diena telah ditunangkan dengan seorang pemuda yang begitu baik dan banyak membebankan dirinya dalam perjuangan baru Diena. Dia ialah anak buah Ustazah. Ammar Mujahid adalah bakal menantu mama dan papa. Dia akan melanjutkan pengajiannya di tahun akhir Mesir selepas meraikan Aidilfitri nanti. Diena amat berharap agar mama dan papa dibuka pintu hidayah oleh Allah dan kita akan berjumpa. Sekiranya tidak di dunia, mudah-mudahan kita berjumpa di akhirat kelak. Mama… papa, Diena amat rindukan kalian.

Diena menutup diari yang menjadi peneman hidupnya selama ini. Airmatanya akan mengalir setiap kali terpandangkan parut yang masih berbekas di dahinya. Itulah kali pertama papa memukulnya dengan kasar dan sehingga kini masih meninggalkan kesan. Ibadah berpuasa dilakukan oleh Diena dengan sebaiknya dan Diena tak pernah lupa untuk bangun di tengah malam untuk bertahajjud dan berdoa agar dirinya dilimpahkan rahmat oleh Allah dan diberikan hidayah sehingga ke akhir hayatnya. Diena jua tak pernah lupa berdoa agar ibu bapanya diberi hidayah oleh Allah taala. Setelah tamat berpuasa selama sebulan, kini tibalah masanya untuk umat Islam meraikan hari kemenangan. Diena tak habis-habis menangis kerana rindukan ibu bapanya. Hanya kepada Allah tempat untuk Diena luahkan dan kepada Allah jualah tempat dia berharap.

* * *

Kini tibalah pula hari yang tidak sanggup rasanya Diena tempuhi. Tanggal 15 Syawal, Ammar telah berangkat ke Kaherah untuk menyambung pelajarannya di tahun akhir Al-Azhar. Diena hanya mampu berdoa dan berharap agar Allah taala melindungi tunangnya walau di mana jua dia berada. “Diena, ingatlah. Teruskan perjuangan ini dengan hati yang ikhlas dan jangan sekali-kali menyesal dengan dugaan Allah. Ammar sentiasa doakan agar Diena dalam perlindungan Allah taala selalu.” Diena hanya mampu mengangguk dan dia tidak dapat berkata apa-apa kerana sebak yang ditahan takut terburai dengan air mata.Mujahidah mesti berani dan gagah!!! Bisik hatinya.

“Diena… andainya Ammar ditakdirkan tidak pulang lagi, Ammar harap Diena tidak sia-siakan harapan Ammar agar menyambung perjuangan ini. Masyarakat masih perlukan kita. Buktikan pada mereka kita mampu. Sekiranya Ammar tidak pulang untuk selamanya,jangan kau tangisi pemergian Ammar. Kita pasti akan berjumpa di hari yang indah suatu hari nanti.” Dari kata-kata Ammar itulah Diena terus menangis. Bukan sedih kerana akan ditinggalkan. Tetapi terharu kerana harapan Ammar untuk terus berjuang dan menyambung perjuangannya. “InsyaAllah… Diena berjanji akan terus berjuang. Tapi Ammar… janganlah Ammar cakap macam ni lagi. Segalanya adalah ketentuan Ilahi.”

* * *

Setelah sekian lama Diena tidak mendengar berita dari Ammar, hatinya mula resah dan dia hanya mampu berserah pada Allah Taala. Kalau diikutkan perkiraan, Ammar sudah tamat imtihan dan dia sewajarnya mengirimkan berita. Tapi kenapa sehingga kini Ammar tidak mengirim apa-apa berita. Dalam keadaan begitu, Ustazah Maryam juga turut risau apa yang sudah berlaku pada Ammar. Namun Diena hanya mampu berserah dan pasrah. Untuk menghilangkan keresahan di hati, Diena cuba menjejak di mana papa dan mamanya kini berada. Tapi sungguh hampa kerana tidak ada kesan langsung untuk dia jejaki.

Pejam celik-pejam celik, kini genaplah setahun dan Ramadhan datang lagi. Diena tidak keruan lagi dan hanya pada Ustazah Maryamlah tempatnya mengadu. “Ustazah, sudah hampir setahun Ammar tak mengirim berita. Diena risau akan dirinya. Besok sudah masuk bulan Ramadhan. Diena tak mampu untuk hadapi dugaan ini.” Diena menangis dalam pelukan Ustazah Maryam. “Bawak bertenang Diena. Adakah ini yang dikatakan mujahidah Islam??” wajah Ustazah Maryam begitu tenang sekali. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Diena mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Dia beristighfar berkali-kali.

Setelah lama membisu dan Diena juga telah reda dari tangisan, Ustazah Maryam bangun dan berlalu ke bilik bacaannya. Setelah Ustazah Maryam keluar, terlihat di tangan Ustazah terdapat sepucuk surat bersampul biru dan surat itu bertukar tangan dan kini di tangan Nuur Diena. Dengan gementar, Diena menyambut dan tertera namanya di hadapan surat itu. Dia kenal tulisan itu. Dia arif siapa yang menulis namanya itu. Ustazah Maryam meninggalkan Diena keseorangan di ruang tamu.

Assalamualaikum Nuur Diena ku, Kau adalah permata yang diimpikan selama ini. Ingin aku jadikan dirimu sebagai serikandi dalam meneruskan perjuangan. Namun......kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah Taala.

Pertama-tamanya Ammar berharap agar Diena berada dalam keadaan yang sihat jua dalam rahmat kasih Ilahi. Ketika Ammar menulis surat ini buat bidadari Ammar, Ammar berada di wad hospital Kaherah.

Tariklah nafasmu sedalam yang mungkin dan perbanyakkanlah mengingati Allah. Diena... Allah amat sayangkan hambaNya yang kuat beriman dan bersabar dalam menempuhi ujianNya. Banyakkanlah bersabar dan beristighfarlah selalu. Maafkan Ammar kiranya sekian lama Ammar tidak mengutuskan warkah mahupun berita buat bakal serikandi Ammar.

Maafkan Ammar, Diena. Bukan Ammar pinta itu semua tapi Ammar tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian. Tentang peperiksaan yang Ammar lalui, Alhamdulillah semuanya najah.

Mungkin ketika Diena membaca surat ini, ianya tidak lagi berguna buat Diena. Tapi kata-kata ini amatlah bermakna. Diena....mungkin kita hanya ditakdirkan oleh Allah buat sementara waktu sahaja. Berdoalah agar kita dipertemukan oleh Allah di Taman Firdausi suatu hari nanti.

Untuk makluman Diena, Ammar mengidap barah otak. Ammar bersyukur kerana impian Ammar untuk bersemadi di bumi anbiya’ terkabul. Mungkin ketika Diena menatap warkah ini, Ammar sudah tiada lagi dan permintaan Ammar agar Diena membaca warkah ini pada hari terakhir di bulan Sya’ban. Ingatkah Diena tarikh keramat ini?? Kita bertunang...

Ammar amat bersyukur kerana nikmat ini dianugerah juga oleh Allah walaupun sementara. Nasihat dan pesanan Ammar, Teruskanlah perjuangan ini selagi ada kekuatan. Ingatlah Diena puteriku, orang yang sentiasa diuji oleh Allah, sebenarnya dia disayangi Allah. Mungkin apa yang Diena lalui ini ada hikmah di sebaliknya.

Percayalah Diena, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Banyakkanlah beristighfar dan bangunlah di tengah malam. Jangan lupa doakan untuk Ammar dan Ammar menantimu Diena di pintu Firdausi, Assalamualaikum. Harapan Ammar juga....
-Mudah-mudahan papa dan mama Diena jua turut bersama Diena di dalam agama suci ini-

Diena melepaskan tangisannya dalam dakapan Ustazah Maryam. Ustazah Maryam juga turut menangisi atas kesedihan yang dilalui oleh Diena. “Diena, banyakkan mengucap dan ketahuilah bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.” Diena nekad, Ramadhan kali ini akan dilalui dengan lebih tekun berbanding bulan-bulan yang lalu walaupun pelbagai rintangan dan dugaan ditempuhinya. Walaupun hatinya sayu dengan berita kematian Ammar, tetapi dia tetap gembira.

Doanya moga Ammar memperolehi gelaran yang diimpikannya selama ini, syahid. Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Begitu juga dengan kehidupan pasti akan berakhir dengan kematian. “Suatu hari nanti, aku juga akan ke sana”. Bisik hati Diena. Dia pasrah di atas ketentuan Ilahi. Dia yakin bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Ammar. Kadang-kala Diena mengeluh seorang diri. Kenapalah ujian sedemikian yang ditempuhinya. Sedangkan dia baru lagi dalam agama suci ini. Suatu masa dahulu dia telah kehilangan papa dan mama. Tapi kini, insan yang diharapkan menjadi teman dalam perjuangan jua telah pergi untuk selama-lamanya.

“Astaghfirullahalazim.......maafkan Diena Ammar”. Bisik hatinya. Berkali-kali Diena beristighfar. Dia terlalu mengikutkan hati dan perasaan. Sepatutnya dia bersyukur pada Allah Taala kerana meminjamkan Ammar kepadanya buat sementara waktu. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali. Itulah kalimat yang sering Ammar ungkapkan sewaktu dia membuat tazkirah di mana-mana masjid. Seolah-olah dia tahu apa yang bakal dia lalui. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Ammar Mujahid.....

* * *

1 Syawal “Allahuakbar Allahuakbar… Allahuakbar.... Lailahaillahu Allahuakbar!! Allahuakbar walillahilhamd” Takbir dan tahmid di malam itu sungguh menusuk kalbu Diena. Airmata kesyahduan Diena mengalir lagi di malam yang penuh dengan keberkatan itu. Dia terkenangkan arwah Ammar yang ketika masih hidup dan mereka sama-sama meraikan hari bersejarah itu. Ammar serius tapi peramah orangnya. Diena teringatkan sejarah hidup Ammar yang suka menolong orang. Apatah lagi, sewaktu di pagi hari raya, Ammar menjadi imam. “Ammar....Allah lebih sayangkan kau”. Sepanjang malam itu, hatinya hanya teringatkan orang yang telah meninggalkannya. Sehingga dia tidur juga bermimpikan ibu bapanya. Dalam mimpinya Ammar tersenyum bersama jubah dan serban putih.

Pada hari yang kesyahduan itu, pagi-pagi lagi Diena dikejutkan dengan tetamu yang tidak pernah dilihatnya. Dia tidak dapat meneka siapakah pasangan suami isteri yang nampaknya seperti orang Islam. Tapi... wajahnya berketurunan cina, fikir Diena. “Assalamualaikum nak... kenalkah anak pada seorang gadis yang bernama Merry John??” Tersirap darah di tubuh Diena. Menggeletar seluruh tubuhnya. Sudah 5 tahun tidak dilihatnya. Kaku seluruh tubuh Diena apabila orang yang dirinduinya selama ini muncul di hadapan matanya. “Ma...ma...mamaaaa!!!! Papa!!!!! Maafkan Diena...” Diena terus memeluk orang yang dipanggilnya mama itu. Ustazah Maryam yang menyaksikan peristiwa itu turut menangis. Dia juga turut terharu di atas anugerah Tuhan pada hari yang mulia itu. “Tidak sayang... mama yang patut mohon kemaafan darimu.” “Papa... ampunkan Diena...” Tangan kedua-dua tetamu itu dicium dan mereka saling berpelukan. “Mama dan papa ingin solat hari raya bersama-sama Diena.......” Airmata Diena mencurah-curah keluar kerana terlalu bersyukur di atas hikmah yang telah Allah Taala kurniakan. “Ammar, sekiranya Ammar bersama-sama Diena pada hari ini, Ammar akan lihat betapa gembiranya Diena”. Bisik hati Diena. Dan di saat inilah Diena terkenangkan kata-kata Ammar... “Ingatlah Diena,setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Percayalah dan yakinlah bahawa ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Allah amat sayangkan hambaNya yang bersabar....”

“Ya Allah.... aku bersyukur... Ammar, ketahuilah olehmu bahawa hanya jasadmu sahaja yang bersemadi. Namun... semangatmu tetap utuh di dalam kalbu Diena...” Inilah hadiah untuk Diena yang selama ini sentiasa berdoa agar papa dan mama kembali bersama-samanya. Diena bersyukur ke hadrat Ilahi dan dia sujud syukur.

* * *
Tamat

losing a valued person

in the name of Allah, most Gracious, most Merciful

losing a valued person...nur atiqah bt bakar
my beloved fren...

ketika diriku t'cari-cari sinar cahaya..
keseorangan...kesepian..
adakalanya aku t'hanyut..
dlm lautan manusia jahiliah..
yang penuh dgn fitnah...

tiba-tiba...
t'dgr sayup suara panggilan darimu..
menyapa hati, menundukkn nafsu..
suara bisikan keinsafan itu..
tlh m'buat aku bangun dari khayalan fantasi..
yg bisa melalaiknku..

suara itu...
datangnya dari insan yg b'nama sahabat..
yang selalu m'beri semangat dan dorongan..
ketika diriku lemah..
dan ketika diriku lalai..
dihanyutkan oleh ombak jiwa remajaku...

kehadiranmu sahabat,
bagai cahaya yg dulunya malap,
kian cerah secerah mentari,
yang menyuluh seluruh alam..
m'bawa kebahagiaan,
dalam diriku...
yg m'damba kasih,
dari insan yg b'nama sahabat...

aku harapkan wahai sahabat..
semoga perpisahan diantara kita nanti..
membawa keberkatan dan kebahagiaan..
kepada kita semua..
aku pergi hanyalah..
untuk menuntut ilmu...

inginku m'beritahu padamu sahabat..
aku menyayangi dirimu..
tidak akan kulupakan..
persahabatan yang telah sekian lama terjalin..
dari ingatanku..
walau badai datang melanda..
walau bercerai jasad dan nyawa..
kaulah sahabat teristimewa..
yang aku sayangi..
buat selamanya....

***
friend 4 ever...ika@nina

bisikan iman

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.
Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum,
bangga dan megah Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.
Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
“ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
-Ar Raad : 28.

Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga,
tempat lahirnya Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.
Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:
Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula I
man akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….
Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
“bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…”
dalam duka, ialah penenang
“berserahlah kepada Allah,
inilah tarbiah tanda kasih-Nya
dan penghapusan dosamu yang lalu.”

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat,
seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam ,
dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
“sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman.”
Ingatan-Nya pula dijadikan ‘guide line’
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya
Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau Telah memiliki segala – galanya pula…”

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat,
harta dan anak pinak tidak berguna lagi,
kecuali orang- orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman…”
- Asy Syua’ara 88-89

Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah
kepada anda semua.

Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..
Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amiin.